top of page

Apakah Syarat-Syarat Untuk Memohon?

​

[ Anda boleh pilih antara pemohonan melalui Aeon Credit Service atau JCL ] 

​

Anda perlu

​

  • Warganegara Malaysia 

  • Berumur 18 tahun keatas

  • Bekerja Tetap

  • Bergaji minimum RM1000

​

Untuk memohon, anda perlu sediakan dokumen yang lengkap seperti:

​

1) Bekerja Tetap,

​

  • Slip gaji 3 Bulan Terkini

  • Bank penyata ringkas atau Online Statement

  • Copy NRIC depan dan belakang

​

2) Bekerja Sendiri,

​

  • Borang SSM

  • 6 bulan bank statement terkini

  • Bisnes beroperasi lebih dari setahun 

  • Rujukan telepon ofis dan handphone nombor

  • Copy NRIC Director atau Partners depan dan belakang

​

Jika anda pekerjaan melalui Kontrak atau Freelance seperti Grab driver, Foodpanda, Anda tidak layak untuk memohon 

​

Standard Kredit Limit setiap individu adalah RM4000, tetapi boleh ditingkatkan berdasarkan dokumen dan gaji pokok anda, tiada masalah, had kredit limit adalah Maximum RM30,000

​

Jika anda bekerja tetap dan mempunyai kerja sampingan [part time], dan mempunyai slip gaji untuk pengesahan, anda boleh 'attach' untuk meningkatkan kredit limit  [supporting dokumen]

 

Jikalau anda berpasangan suami dan isteri, anda boleh memohon melalui Joint Income, boleh  meningkatkan kredit limit [submit dokumen slip gaji pasangan anda]

​

Rekod peribadi pemohonan anda adalah 100% dirahsiakan dan hanya untuk kegunaan untuk memohon ACS atau JCL sahaja

​

​

​

Pembayaran melalui AutoDebit Bank Account Anda 

​

Panel bank adalah seperti berikut:

​

  • Maybank

​

  • BSN

​

  • CIMB Bank

​

  • Public Bank

​

  • RHB

​

  • Ambank Group

​

  • Ambank

​

  • Alliance Bank

​

  • Bank Muamalat

​

  • Standard Chartered)

​

​

​

Apakah produk Skim Ansuran Mudah AEON-XPRESS?

​

Skim Ansuran Mudah AEON-XPRESS untuk pembelian peralatan elektrik, perabot, kabinet, komputer peribadi, kamera, Kamera video, peralatan kesihatan, alat muzik, pintu pagar automatik, sistem keselamatan rumah, emas dan barang kemas dan lain-lain melalui lebih daripada 4,000 kedai yang dilantik di seluruh negara secara ansuran.

​

Saya ingin  memohon skim ansuran ini, berapa lamakah masa yang diambil untuk proses permohonan saya?

​

Proses permohonan mengambil masa 1-7 hari bekerja, dan jika dokumen sokongan
anda tiada masalah paling cepat 1-3 hari bekerja. Bergantung pada pihak Aeon 
yang memproses permohonan anda

​

Saya baru bekerja 2 bulan, adakah saya layak untuk memohon?

​

Maaf, anda tidak layak untuk memohon. Tempoh bekerja sekurang-kurangnya 6 bulan keatas

​

Adakah caj tersembunyi dan tambahan dikenakan?

​

Tiada sebarang caj tersembunyi dan tambahan dikenakan. Pihak Aeon Credit tidak mengenakan sebarang caj tambahan semasa permohonan dilakukan. Dan jumlah bayaran bulanan adalah seperti yang dipersetujui oleh agen yang dilantik dan pemohon. Caj yang Aeon kenakan adalah denda jika anda lewat membuat bayaran bulanan melalui bank. Tiada caj tersembunyi dan tambahan

​

Saya bekerja dengan majikan tetapi pembayaran gaji saya adalah secara tunai tidak melalui bank. Bolehkah saya memohon sekiranya saya tidak mempunyai slip gaji dan tiada penyata bank?

​

Maaf, anda tidak layak memohon kerana dokumen dan syarat yang tidak lengkap
yang telah ditetapkan oleh pihak Aeon Credit.

​

Bolehkah saya memohon tanpa slip gaji? Gaji saya dibayar melalui bank.

​

Boleh, anda diminta supaya majikan menyediakan baucar bayaran mengikut
bayaran gaji yang anda terima

​

Apakah kelebihan yang akan anda perolehi daripada produk ini?

​

Kelebihan skim ini adalah:

*Amaun pinjaman minima ialah RM500 dan maksima RM30,000

*Tempoh pinjaman minima  ialah 6 bulan dan maksima 36 bulan

​

Apakah fi dan bayaran yang perlu saya bayar?

​

Pembayaran sekali bagi caj Perjanjian RM47 dan bulan pertama sahaja

​

Apakah obligasi saya?

​

Setelah pinjaman diluluskan, anda diminta membuat bayaran pertama dikedai pembelian barangan dan anda  adalah dianggap telah menerima kemudahan pinjaman pembelian barangan seperti yang telah diluluskan oleh pihak AEON walaupun amaun yang diluluskan adalah lebih rendah daripada amaun yang anda mohon. Bayaran balik bulanan akan dikira berdasarkan amaun pinjaman anda, tempoh pinjaman anda dan kadar faedah pinjaman yang telah ditetapkan. Kadar pembayaran mungkin lebih tinggi jika bayaran bulan tidak dibuat secara tetap, ini kerana caj atau denda kelewatan bayaran dikenakan

​

Apakah yang akan berlaku sekiranya saya gagal untuk memenuhi obligasi saya?

​

Denda atau caj kelewatan bayaran bulanan akan dikenakan mengikut kadar yang ditetapkan.

     *Bayaran kena dibayar dibuat selepas tarikh kena dibayar sehingga 10 haribulan – RM12.00

     *Bayaran kena dibayar dibuat di antara 11 hingga 18 haribulan – RM18.00

     *Bayaran kena dibayar dibuat di antara 19 hingga 20 haribulan dan berikutnya – RM30.00

     *Caj tambahan bagi bayaran setiap bulan selanjutnya ditangguhkan – RM18

     *Caj sebanyak 4% sebulan akan dikenakan ke atas jumlah yang perlu
 dibayar sehingga bayaran sepenuh dibuat

​

Adakah saya memerlukan penjamin atau cagaran?

​

Penjamin atau cagaran tidak diperlukan

​

Adakah perlindungan insurans/takaful diperlukan?

 

Perlindungan insurans/takaful tidak diperlukan.

​

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya butiran perhubungan saya berubah?

Anda perlu memaklumkan kepada pihak AEON sekiranya terdapat apa-apa perubahan dalam butiran perhubungan anda  bagi memastikan semua surat-menyurat sampai ke tangan anda tepat pada masa dan tempatnya.

​

Jika saya ingin membeli lebih dari satu atau dua barang, bolehkah permohonan saya diproses?

​

Anda boleh membeli lebih dari satu atau dua barang. Kelulusan bergantung kepada keupayaan dokumen dan kelayakan pinjaman yang ditentukan oleh pihak AEON sendiri.

​

Berapakah limit pinjaman yang dibenarkan?

​

Limit pinjaman untuk Skim Ansuran Mudah AEON-XPRESS adalah RM 30,000.00

Keselesaan dari hujung jari anda
bottom of page